Menjadi Ahli Tabarruk (Ahli Kebajikan Dunia Akhirat)

  • 10.00 MYR
  • Published date: 13/04/2016
    • 08000, Sungai Petani, Kedah, Malaysia

PENYUMBANG TETAP BULANAN KEPADA MADRASAH NADHIRAH AT-TAQWA (AHLI TABARRUK)
===================================

Assalamualaikum wbt,

Madrasah Nadhirah At-Taqwa ditubuhkan berasaskan kepada Tabaruk masyarakat yang prihatin untuk perkembangan pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran kepada _anak-anak yatim dan miskin dan seluruh masyarakat Islam.

2. Kami mengajak tuan/puan menjadi ahli Tabarruk (ahli berkebajikan) tetap agar semua program dapat berjalan dengan lancar dan kebajikan kepada semua yang terlibat tanpa terganggu.

3. Perbelanjaan pengendalian pengurusan Madrasah Nadhirah At-Taqwa dan Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim dan Miskin adalah dianggarkan sebanyak RM40000 sebulan.

4. Antara kelebihan dan manfaat kepada ahli Tabarruk :
1) Tiap-tiap hari para pelajar menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran,Zikir Tahlil kepada waris yang telah meninggal dunia.
2) Skim khairat kematian berupa zikir tahlil dan solat ghaib serta solat hadiah
3) Skim khairat kebajikan
4) Kenduri arwah
5) Kenduri kesyukuran
6) Dapat mengikuti pengajian jarak jauh iaitu pengajian kitab-kitab yang terpilih serta pengajian tahfiz di Nadhirah At-Taqwa
7) Peluang mengikuti pengajian talaqi bersanad Al-Quran serta kitab-kitab terpilih bersama dengan Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah,Ahli Majlis Pentashih Quran Dunia dalam program Fi Rehaabil Quran

5. Dengan ini disertakan borang untuk menjadi ahli Tabarruk bersama dengan surat ini.Diharapkan penglibatan dan sumbangan dari pihak tuan/puan ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. dan dapatlah kiranya kita sama-sama berjihad dan memperjuangkan agama Allah di bumi ini.

Akhir kalam, saya sudahi dengan lafaz ‘Jazakallah Khairan Kasira’

Sekian. Wassalam


Borang boleh download dibawah

https://drive.google.com/open?id=0B1nkzuEa60tMWmVMWHVqWlR5TFU


Lawati kami di :

https://www.facebook.com/NadhirahAtTaqwa/

http://www.n-taqwa.com


Telephone No.: 0133448554
Vote
Result 0 votes
Share by email Share on Facebook Share on Twitter Share on Google+

Useful information

  • Avoid scams by acting locally or paying with PayPal
  • Never pay with Western Union, Moneygram or other anonymous payment services
  • Don't buy or sell outside of your country. Don't accept cashier cheques from outside your country
  • This site is never involved in any transaction, and does not handle payments, shipping, guarantee transactions, provide escrow services, or offer "buyer protection" or "seller certification"